Sunday, November 8, 2009

Antara Keseronokan Dunia Dan Akhirat



Antara Keseronokan Dunia Dan Akhirat

Manusia terlalu memikirkan

kesusahan yang sedikit

lalu terjadilah keluh kesah, tidak tentu arah

hingga lupa Allah Taala dan melanggar perintah


Kesusahan yang sedikit belum tentu terhibur

akan menempah kesusahan yang maha besar yang tidak berkesudahan

Terpesona dengan kesenangan dan kemewahan

yang sedikit di dunia


Lupakan Tuhan, derhaka kepadaNya

Sombong dan takbur tiba

Mereka menolak kesenangan dan kemewahan kekal

yang tidak ada taranya

yang tidak berkesudahan

kerana pujian, nama dan glamour


Buat apa sahaja yang sia-sia dan melalaikan

Tidak takut lagi dengan kemurkaan Tuhan

Manusia sanggup menolak pujian Tuhan

Di dalam syurga yang berpanjangan

Kerana keseronokan yang sedikit

Manusia pun berfoya-foya, kepit betina

Berhibur-hiburan dengan perbuatan syaitan

Mereka tidak kira lagi dosa pahala

Laknat dan derhaka

Mereka sanggup menolak keseronokan

Dan hiburan dengan bidadari

Di dalam syurga yang tidak ada bandingan

Yang setia, tidak makan tua

Dan tidak sedikit pun yang menjijikkan

Kerana itulah ramai di kalangan manusia

di waktu hendak sakaratul maut terkejut

dan terbeliak biji mata

apatah lagi diwaktu dicampakkan

di dalam neraka


Penyesalan pun tiba, tidak berkesudahan

di waktu itu mereka merayu-rayu kepada Tuhan

agar dihidupkan semula

No comments:

Post a Comment