Wednesday, November 4, 2009

AKAL PERLU SULUHAN IMAN







Akal ada ukurannya tersendiri.

Nafsu ada ukurannya tersendiri.

Begitu juga jiwa/roh/hati ada ukurannya tersendiri.

Diwaktu itu ia akan berjalan selari.


Kalaulah akal dapat menentukan mana yang baik dan mana yang buruk,

mana yang halal mana yang haram,

mana yang benar mana yang salah,

sudah tentu tidak perlu lagi Allah tidak mengutuskan seorang Rasul,

justeru filasuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.


Isilah akal dengan ilmu sebanyak-banyaknya.

Tapi perlu diingat kalau ia tidak ditunjang dengan iman,

tidak disuluh dengan syariat.

Dia boleh membawa sesat

3 comments:

  1. selalunya,
    akal suka menyuluh objek logik.

    duduklah dibalkoni,
    hirup udara segar,
    tataplah bulan,
    Tuhan akan bicara begini..
    "wahai kesayangan-Ku...."
    tanyalah hatimu...
    sesungguhnya hati adalah radar terbaik mengesan yang mana baik dan yang mana buruk..
    hati akan kecamuk bila kau mula menyentuh haram.
    hati akan bahagia bila kau mula memeluk halal.
    tidak pada akal.

    bukankah begitu?

    selamat berblogger kak :)
    perkongsian yang sangat baik.
    saya tambah sedikit.harap tidak kisah.

    ReplyDelete
  2. sikit lagi, hehehe..

    saya suka ayat ini.
    "isilah akal dengan ilmu sebanyak-banyaknya"

    betul sekali.
    sebab itu membawa kepada pengenalan hati.
    barangsiapa mampu mengenal hatinya maka ia sudah mampu mengenal siapa Tuhannya.

    saya kongsikan lidah idola saya,

    "mengenal diri melalui rasa hati"
    "mengenal Tuhan melalui rasa hati"

    hati baik.
    maka baiklah jasad manusia.
    hati jahat.
    maka jahatlah jasad manusia.
    walau sebijak manapun akal manusia.

    *senyum*
    hihihi maaf menyemak disini.
    blog menariklah.

    ReplyDelete
  3. ummi: syukran kerana menyinggah.saya suka bahasa2 ummi.

    ReplyDelete