Sunday, November 8, 2009

Antara Keseronokan Dunia Dan Akhirat



Antara Keseronokan Dunia Dan Akhirat

Manusia terlalu memikirkan

kesusahan yang sedikit

lalu terjadilah keluh kesah, tidak tentu arah

hingga lupa Allah Taala dan melanggar perintah


Kesusahan yang sedikit belum tentu terhibur

akan menempah kesusahan yang maha besar yang tidak berkesudahan

Terpesona dengan kesenangan dan kemewahan

yang sedikit di dunia


Lupakan Tuhan, derhaka kepadaNya

Sombong dan takbur tiba

Mereka menolak kesenangan dan kemewahan kekal

yang tidak ada taranya

yang tidak berkesudahan

kerana pujian, nama dan glamour


Buat apa sahaja yang sia-sia dan melalaikan

Tidak takut lagi dengan kemurkaan Tuhan

Manusia sanggup menolak pujian Tuhan

Di dalam syurga yang berpanjangan

Kerana keseronokan yang sedikit

Manusia pun berfoya-foya, kepit betina

Berhibur-hiburan dengan perbuatan syaitan

Mereka tidak kira lagi dosa pahala

Laknat dan derhaka

Mereka sanggup menolak keseronokan

Dan hiburan dengan bidadari

Di dalam syurga yang tidak ada bandingan

Yang setia, tidak makan tua

Dan tidak sedikit pun yang menjijikkan

Kerana itulah ramai di kalangan manusia

di waktu hendak sakaratul maut terkejut

dan terbeliak biji mata

apatah lagi diwaktu dicampakkan

di dalam neraka


Penyesalan pun tiba, tidak berkesudahan

di waktu itu mereka merayu-rayu kepada Tuhan

agar dihidupkan semula

Thursday, November 5, 2009

ADAB DIDALAM PERGAULAN








cintailah Allah takutilah dia

kasihilah sesama manusia


maaf bermaafan jadi budaya

yang miskin dibantu

yang kaya membantu

rasa bersama dan bekerjasama


bertolak ansur dalam pergaulan mestilah ada

bertolong bantu sesama


ziarah menziarahi waktu perlu jangan ditinggalkan

ia di antara rukun masyarakat


tinggalkan sombong

mencari nama glamor

kerana ia dilarang oleh tuhan


orang benci orang tak suka orang mengata


tersinggung boleh membawa renggang sesama manusia


jauhi dosa dan noda

yang membawa kepada neraka


tuhan benci

tuhan murka

manusia juga tidak suka


berbuat baik lah sesama manusia sedaya upaya

kerana ia boleh membawa kasihsayang dan mesra


aib orang jangan dibuka

bahkan ditutup

ianya satu sifat mulia lagi disuka


menutup aib orang

tuhan akan menutup aib kita


begitulah tuhan menyuruh kita

menutup aib sesama manusia

NIKMAT DAN JIWA


jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat, susah hati kita memikirkannya

setelah dapat, bimbang pula kehilangannya

kemudian apa yang kita dapat itu, rasa tidak cukup pula

lebih-lebih lagi apa yang kita dapat itu, tidak sebanyak dengan orang lain dapat

timbul pula tamak untuk memburunya lagi


sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan

sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu yang tiada nilainya.



orang yang selalu jiwanya tidak tenang adalah seorang:


  1. pemarah

  2. pendendam

  3. rasa tidak cukup

  4. hasad dengki

  5. susah hati memikirkan masa depan yang belum terjadi

  6. tidak sabar

  7. lupa tentang qada dan qadar

  8. tidak percaya dengan orang

AMALAM KU













aku tidak harap dengan amalan ku

walaupun aku berusaha mengusahakannya


aku cuba bermujahadah

melaksanakan yang disuruh

meninggalkan yang ditegah


namun yang disuruh tidak lagi sempurna

yang ditegah berbuat juga


begitu lemahnya aku

bertungkus lumus bermujahadah

melaksanakan yang diperintah


tidak mampu aku menyempurnakan

aduh lemahnya...


aku kecewa..


aku sedih selalu..


katalah bukan dengan rahmat Mu

aku hampir putus asa


rahmat Mu yang ku tunggu

setidak-tidaknya kemaafan Mu

yang aku pinta


aku ini kan hamba Mu

kalau bukan belas kasihan MU


siapa lagi yang akan mengasihani ku


Wednesday, November 4, 2009

AKAL PERLU SULUHAN IMAN







Akal ada ukurannya tersendiri.

Nafsu ada ukurannya tersendiri.

Begitu juga jiwa/roh/hati ada ukurannya tersendiri.

Diwaktu itu ia akan berjalan selari.


Kalaulah akal dapat menentukan mana yang baik dan mana yang buruk,

mana yang halal mana yang haram,

mana yang benar mana yang salah,

sudah tentu tidak perlu lagi Allah tidak mengutuskan seorang Rasul,

justeru filasuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.


Isilah akal dengan ilmu sebanyak-banyaknya.

Tapi perlu diingat kalau ia tidak ditunjang dengan iman,

tidak disuluh dengan syariat.

Dia boleh membawa sesat

Tuesday, November 3, 2009

IMAN PERLU PENGHAYATAN


Menghafal rukun iman itu baru bersifat ilmu. Kalau tiada penghayatan belum boleh lagi dikata beriman. Tanda penghayatan ialah rukun iman dapat dijadikan panduan di semua tindakan di dalam kehidupan.

Kefahaman Tentang Iman
Banyak orang Islam memandang iman itu sekadar menghafal rukun iman, dia tidak nampak yang lebih mendalam dari itu, maka mereka merasakan peranan iman itu tidak sejauh mana pun. Oleh kerana itulah di zaman ini kalau kita menyebut tentang iman boleh menyelesaikan masalah hidup akan jadi bahan perli sahaja atau acuh tidak acuh mendengar atau memandang dengan sinis.


Ketenangan Jiwa BilTidak mesti orang yang senang jiwanya tenang, tidak mesti orang yang susah jiwanya parah, mungkin juga orang yang senang tenang jiwanya, begitu juga orang yang susah jiwanya parah, semuanya bergantung kepada iman dan ketaqwaan seseorang itu.